Author

 

Illya Farhana binti Razaly adalah seorang graduan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dan sangat bergiat aktif dalam aktiviti blogging.

Beliau juga merupakan seorang usahawan butik online, Lesaza Boutique & Café. Selain pengalaman sebagai travel, food & lifestyle blogger di http://www.illyaleya.com/, beliau juga adalah seorang Jurutera Perisian di salah sebuah syarikat terkemuka Negara iaitu LHDNM.

Sangat aktif dalam penulisan blog, beliau telah menghasilkan beberapa blog dan website berkaitan perniagaan yang pelanggan mahukan di http://lfproduction87.wixsite.com/lfproduction dan pernah diundang sebagai penonton di studio dalam rakaman RTM, Apa Kata Wanita dan Bual Bicara #ONLYONEWITHIRWAN TV Al-Hijrah. Beliau juga freelance graphic designer dan web developer.

******************************************************************************************************************************

Faizol Hafizi atau lebih dikenali dengan Otomen Taro merupakan seorang usahawan online yang juga bergiat aktif sebagai blogger dalam blognya di http://faizolhafizi.wordpress.com/

Berkelulusan Ijazah Pemasaran dari Asia e-University, Melaka. Portfolio kerjaya beliau sebelum ini adalah seorang Juruteknik QC di sebuah kilang MFS Technology (M) Sdn Bhd, Melaka dan hampir 11 tahun bekerja di syarikat tersebut.

Otomen Taro juga pernah diundang dalam rakaman bual bicara #ONLYONEWITHIRWAN TV Al-Hijrah sebagai peserta tontonan rakaman TV pada hari itu.

******************************************************************************************************************************

Nama pena diberi adalah HyeLid. Berpendidikan dalam bidang Diploma Keusahawanan dari Kolej Universiti Polytech Mara, Kuala Lumpur. Merupakan seorang usahawan online, suka melancong, meminati bidang fotografi, jalan-jalan cari makan dan juga seorang yang Happy Go Lucky. Beliau juga adalah seorang Blogger dan Youtuber yang anda sendiri boleh layari laman blognya di http://amediartist.blogspot.com/. Bukan setakat blog peribadi, beliau juga mempunyai blog perkongsian ilmu berkaitan pelaburan saham & perdagangan matawang di http://coinagecyber.blogspot.com/.

******************************************************************************************************************************

0 comments:

Post a Comment